Hai... Rasa janggal untuk menulis semula kerana hari-hari yang dilalui amat sukar sehingga tidak bisa untuk terus berbicara melainkan menghadapinya perlahan-lahan. Menghadam setiap bait-bait kehidupan dengan senyuman walaupun penuh kesukaran. Kecewa, Kemudian, senyum semula. Jatuh, Kemudian, bangun semula. Sakit, Kemudian, pulih semula. Sedih, Kemudian, gembira semula. Pelbagai rasa dalam satu masa. Masalah sentiasa datang bertubi-tubi. Air mata peluah segala bebanan rasa. Dan, kembali tersenyum semula. Terus mencari kekuatan di mana-mana. Semakin dewasa, semakin banyak memendam rasa. Senyuman telah menjadi "helah tipu daya" menutup segalanya. Melihat, Tapi cuba untuk buta. Mendengar, Tapi cuba untuk pekak. Menghidu, Tapi sebenarnya lemas. Berbicara, tapi lebih dari bisu sebenarnya. Mungkin sudah tiba masa memperbaiki diri.
Posts
Showing posts from June, 2018