Posts

Showing posts from May, 2016

Pemandu gila

Bukan tak suka, Bukan benci, Bukan juga cinta. Tapi kau buat jantung aku seperti kenderaan yang mahu pergi perang, Muka aku mungkin tenang, Dalam tidak seperti kau fikirkan. Kalau kau rasa kau pun ada gila, Tapi takde sampai membahayakan diri sendiri, Atau mungkin akan membawa bahaya kepada lain. Namun, kau harus tahu, Gila kau punya akal, Gila aku penuh emosi, Degil kau masih waras, Degil aku menyakitkan hati. Tak perlu layan aku terlalu baik, Aku dididik tuk berdikari, Bukan dimanjai. Maaf aku tak biasa. Aku bukan seperti perempuan yang kau fikirkan, Mungkin susah untuk kau faham. Seribu kemaafan, Untuk segala kekusutan dan segala yang membahayakan. ***** Semoga selamat sampai kawan. Terima kasih untuk segalanya. Ku pohon maaf dengan beribu, berjuta keampunan... Aku tido luar rumah sebab taknak kejutkan mak aku. Sekian.